Tuesday 28 June 2016

PERUTUSAN YANG DiPERTUAN





ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHITAALLAHI WABARAKATUH,

     Bersyukurlah  saya dengan amanah besar diberikan kepada saya dan anugerah terindah  berada di bumi tercinta Siak Sri Indrapura.Darah DiRaja mengalir di dalam tubuh kuat berkata :

                      "Siak Sri Indrapura Perlu Gemilang Seperti Dahulukala"

     Bermulalah usaha saya bersama Majelis Keturunan Kesultanan Siak Sri Indrapura Nusantara dan pemerintah memperkenal dan mempromosi Siak Sri Indrapura di dalam  dan luar negara agar kemakmuran dan kekayaan dirasai seluruh rakyatnya.

     Majelis di dalam usaha melestarikan peninggalan kerajaan Siak Sri Indrapura dan mempromosikan  nilai adat resam dan budaya masyarakat Siak kepada pihak luar seperti negara Malaysia,Singapura Dan Brunei.Majelis juga di dalan usaha menarik pelabur dan pelancong ke Siak Sri Indrapura.

     Jawatankuasa Khas dibentuk Majelis diluar negara iaitu di Melaka di dalam usaha mempromosi Siak Sri Indrapura di Malaysia.Pemilihan Melaka sebagai pusat hubungan diluar negara kerana hubungan istimewa darah keturunan DiRaja.

    Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah Yang Maha berkuasa.Manusia merancang dengan niat yang baik.Insya Allah,Allah membuka jalan ke arah kejayaan.
   
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



YM Tengku Uzir bin Tengku Said
Yang DiPertuan 
Majelis Keturunan Kesultanan Siak Sri Indrapura Nusantara

Monday 27 June 2016

PERUTUSAN SETIAUSAHA SULIT KHAS DiRAJA



            ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,


      Segala perkara saya merujuk adalah milik Allah Yang Maha Berkuasa.Mengembara ke seluruh pelusuk dunia dengan kemampuan yang dimiliki tibalah saya di berkelana di Siak Sri Indrapura.Gambaran dalaman dan luaran yang indah dengan keagungan dan kebesaran dianugerahkan Allah dan saya pasti tidak ada negara yang ada menyerupainya.

     Berkenalanlah saya dengan pemimpin dan keturunan DiRaja untuk persahabatan.Semua bersatu menyatakan:

           "Siak Sri Indrapura Perlu Gemilang Seperti Dahulukala"

     Perlantikan khas daripada Majelis DiRaja sebagai Setiausaha Sulit Khas DiRaja maka bermulalah episod saya perlu berusaha untuk Siak Sri Indrapura dan rakyatnya.Bagi saya umpama seorang utusan dihantar Melaka ke Siak Sri Indrapura untuk bersama.Dari naluri dalaman saya berkata mereka semua adalah dari darah keturunan yang sama.Saya melihat kebesaran dan kedaulatannya.

     Semoga Allah memudahkan dan merahmati seluruh perjalanan saya menguruskan semua perkara yang telah diamanahkan.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dato' Seri DiRaja Nur Sahar bin Osman
Setiausaha Sulit Khas DiRaja
Majelis Keturunan Kesultanan Siak Sri Indrapura Nusantara


Saturday 25 June 2016

TARIKAN PELANCONG


                                                           ISTANA SIAK
                                                (ISTANA ASSERAYAH HASYIMIAH)




BALAI KERAPATAN TINGGI



MASJID SULTAN



MAKAM SULTAN SYARIF KASIM II




MAKAM RAJA KECIK (SULTAN SIAK PERTAMA)




MAKAM SULTAN TENGKU BUANG ASMARA




MAKAM KOTO TINGGI



GUDANG MESIU






PASAR BELANTIK RAYA





TANGSI BELANDA 




RUMAH DAN KANTOR KOTLER
KLENTENG




TAMAN TENGKU MAHRATU




HUTAN MANGROVE




JAMBATAN TENGKU AGUNG SULTANAH LATIFAH



PUSAT LATIHAN GAJAH































































Friday 24 June 2016